Wednesday, April 20, 2011

Malam Apresiasi Puisi

Pada malam 15 April 2011, bertempat di Dewan Tun Mustapha IPG Kampus Kent telah diadakan satu majlis Malam Apresiasi Puisi. Gabungan persembahan puisi-puisi oleh guru pelatih IPG Kampus Kent dan pelajar-pelajar UMS. Pada malam tersebut, saya juga telah mendeklamasikan sebuah puisi hasil karya sendiri yang bertajuk "PENULIS TUA". ^_^


Sunday, March 27, 2011

BENGKEL PENULISAN FIKSYEN SAINS & TEKNOLOGI ZON SABAH



Kerjasama penganjuran BPFT merupakan salah satu siri bengkel yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kumpulan Utusan sempena dengan Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi UTM- Kumpulan Utusan Musim ke-2. 
Peserta bengkel ialah terdiri daripada saya sendiri dari Unit PISMP-Bahasa Melayu Ambilan Januari 2010, IPG Kampus Kent, Tuaran.
Pembimbing yang hadir pada hari itu, adalah mereka yang amat terkenal dalam penulisan  kesusasteraan seperti novel-novel fiksyen. Antaranya ialah Prof. Madya. Dr. Lim Sui Tin (UPM) adalah penulis hasil kesusasteraan terkenal dan merupakan salah seorang hakim untuk pertandingan Sayembara penulisan novel fiksyen negara kita. ^_^



Bersama Prof. Madya. Dr. Lim Sui Tin..^_^

Tuesday, January 18, 2011

BAHASA DARAH BANGSA- cikgu tinie..^_^



Bahasaku itu indah rupanya
Namun tajamnya ibarat pedang
Menghiris dan membunuh perasaan..

Dia bisa menunjuk ajar
boleh juga kepalang ajar
bisa menunjuk
boleh juga merajuk

kadangkala dibuat pujuk..


Sinonimnya adalah indah
terbina dalam sekata
terhurai dalam fikiran
terjelma dalam ucapan

hingga membentuk tamadun bangsa..


tapi sayang..
tatkala engkau disalah guna
oleh lidah bercabang dua
segala yang indah menjadi nista
binasalah bangsa, tergadailah maruah
bagai bunga kembang tak jadi..

Bangsa itu perkasa
Retoriknya tidak perlu berjela
Sehingga membakar dunia
Biar sederhana
Yakin dan mampu untuk dikota
Setiap janji kepada Negara..

Bahasa dan bangsa
Cintanya harus utuh
Kasihnya harus teguh
Sayangnya harus kukuh..
Cinta bahasa itu suci
Kasih bahasa itu murni
Sayang bahasa itu luhur
Setianya abadi..

Bangsa sering curang, cintanya berkurang
Kasihnya terlarang, sayangnya melayang

Hilang bahasa, nazaklah bangsa
Musnah bahasa, punahlah bangsa..

Bahasa itu darah bangsa
Perkasa bahasa
Maruah di tangan kita..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...