Wednesday, December 5, 2012

BUNGA-BUNGA TERCANTIK DUNIA


Hari ni nak bercerita tentang flora yang sangat menggiurkan hati ini..BUNGA. Betapa hebatnya ciptaan Allah SWT, dia menciptakan golongan Hawa yang secantik dan seharum bunga. Lumrah kecintaan mereka terhadap unsur alam ini. 

Berikut merupakan 16 jenis bunga yang tercantik di dunia berdasarkan bacaan dalam blog 'Orang Putih' Arts On Earth. Semua jenis bunga ni memang sangat menyerlah dan ada jiwanya masing-masing. Mengapa pula bunga ada jiwa? Mari kita belek-belek bersama..^_^

1. CANNA


2. CHERRY BLOSSOM


3. COLORADO COLUMBINE


4. HYDRANGEA



5. LILY OF THE VALLEY


6. CALLA LILY

7. BLACK EYED SUSAN


 8. BLEEDING HEART


9. BLUE BELLS


10. LANTANA


11. ROS


12. ORIENTAL POPPY


13. MUSSAENDA ERYTHROPHYLLA 
(ASHANTI BLOOD, RED FLAG BUSH, TROPICAL DOGWOOD)


14. BEGONIA
15.  IXORA
16. DENDROBIUM 
Ada tak yang familiar kita nampak di Malaysia ni? Kalau di Sabah, yang no.10 tu memang banyak di tepi-tepi jalan dan semak-samun. Dah tentu orang tak berapa tahu pun bunga tu antara bunga yang tercantik kat dunia ni...hehe..sebenarnya Ifti pun baru tahu juga..=D 
Kalaulah dapat tanam kesemua bunga ni di rumah. Fuhh....cemerlang!ngee
Untuk maklumat lanjut tentang bunga-bunga tu dan nak tahu tentang 'jiwa' yang Ifti katakan tadi, rajin-rajinlah buka link yang diberi...selamat membaca. Membaca menambah ilmu di dada. ^_^ Wassalam....

Saturday, December 1, 2012

PROJEK LAMAN BUNGA MINI..^_^

Assalamualaikum..dalam entri ni Ifti nak kongsikan pengalaman buat projek kecil-kecilan cuti ni...hehe..kebosanan di rumah memunculkan idea untuk membina satu laman khas untuk bunga-bunga yang Ifti akan munculkan tidak lama lagi...^_^

Hari ini 1 /12 / 2012, laman bunga mini ini telah menampakkan hasil setelah dua hari bertungkus- lumus untuk mengerjakannya. Fuhhh....walaupun tangan dah luka sana-sini angkara membuat pagar comel bagi mengelak lembu, kuda dan ayam sekitar rumah menyerbu masuk..hehe..Terlalu banyak binatang dekat sini tapi semuanya itu fauna ciptaan Tuhan. Kita sebagai makhluk perlu ada rasa syukur sebab diberi kemudahan untuk memberi keselesaan kepada semua makhluk Tuhan. Alhamdulillah..........

Gambar di bawah menunjukkan al-kisah laman bunga mini yang tak seberapa dan masih perlu banyak penambahbaikan. Banyak kekangan dari segi alat dan tenaga. Syukurlah mama dan kakak ipar  banyak tolong Ifti menyiapkan laman ni. Lama dah simpan cita-cita nak buat laman  bunga sendiri. Maklumlah, cita-cita dulu kononnya nak jadi Perunding Landskap (bahana banyak baca novel Alaf 21) tapi terkena pula jadi Cikgu...hehe..apa-apapun Syukur Alhamdulillah... 

 
Pagar yang Ifti cipta sendiri ni dari kayu Bakau sebab senang nak dapat kat kampung ni dan gulungan jaring hijau 9 meter (tak pasti nama benda ni). Jaring tu lilit guna dawai besi kat kayu Bakau, tak payah pakai paku. Senang sikit.


Ni pasu tayar namanya. Saiz ikut saiz tayar yang kita pakai. Kalau ada tayar buruk yang tak dipakai, jangan buang, banyak sangat manfaatnya. Boleh buat pasu macam di atas. Ni pasu yang mama buat lama dah, pernah pakai pasu ni dulu. Sekarang nak pakai balik...hehe..Kalau nak belajar cara buat pasu ni marilah datang berkunjung ke rumah..hehe..Mak Cik pro kalau buat pasu ni sebab dia pernah bisnes jual pasu ni. Kalau nak tempah suruh dia buat pun InsyaAllah boleh....Pasu kat atas ni nak cat semula sebab warna dah lusuh.


 Hah! Yang ini namanya, jejak kasih....hehe....gurau saja. Saja nak buat benda ni, ala-ala moden kononnya...hehe..tradisional-tradisional saja laman ni, untuk hiasan 'kampung'. ^_^ Yang ni bekas-bekas mozek yang dah tak digunakan lagi, banyak sangat kat belakang rumah, jadi daripada ditelan tanah moleklah kiranya Ifti ambil untuk hiasan laman ni. Penat juga buat jejak ni, kena perlukan ketahanaan tulang belakang...hehe..kena tanam sikit mozek ni dalam tanah supaya tak tesembul keluar.


 Jarak dekat..Tanah masih berselerak...hehe



 hehehe...yang ni pun bekas-bekas mozek juga. Saja nak buat lingkaran ni. Tempat khas untuk pasu-pasu besar nanti.



 Kereta sorong yang uzur tetapi memberi banyak pertolongan terhadap Ifti...hehe.. Ifti mengangkat kayu-kayu Bakau dan kepingan-kepingan mozek yang tidak digunkan lagi menggunakan kereta sorong ni lah.



 Siap tapi belum siap dan sempurna....hehe... InsyaAllah, kalau diberi rezeki dan keupayaan Ifti akan sempurnakan laman bunga mini ini dengan jayanya....Amin....


InsyaAllah....ia akan berubah kepada sesuatu yang molek dipandang mata dan tenang jiwa merasa...


Tidak lama lagi bunga-bunga akan muncul di setiap sudut laman ini......

Terima kasih kepada umi yang berada jauh di seberang sana pada detik ini....banyak bagi ilham kat Ifti....
Dan terima kasih kepada mama, kakak ipar n family....dan WMI...^_^


Thursday, August 23, 2012

SELAMAT HARI RAYA DAN SELAMAT BERBAHAGIA..^_^

Syukur alhamdulillah...diberi kesempatan lagi untuk merasakan Hari Raya pada tahun ini. Hari Raya pada Tahun 2012 bersamaan 1433 Hijrah. Menyambut Syawal ini dengan hati yang berbahagia. Semoga ibadah seluruh ummat muslimin dan muslimat sepanjang Ramadhan ini diterima dan mendapat berkat dari Illahi...Amin...
Kepada saudara seIslamku yang ditindas di Rohingnya Myanmar, semoga diberi sinar harapan dan kebahagiaan kepada kalian...amin..dan semoga Allah SWT menunjukkan kekuasaannya kepada mereka yang tidak berperikemanusiaan itu..


Seorang wanita Muslim Rohingya sedang menangis melihat nasib keluarganya
كانماأغسيت وجوههم قطعا من اليل مظلما أولئك أصحب النار هم فيها خلدون


"Sesungguhnya orang yang mengerjakan kezaliman yang mendapat balasan setimpal dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka akan ditimpa kehinaan Tidak ada bagi mereka seorang pelindung dari azab Allah seakan akan muka mereka ditutupi dengan kepingan kepingan malam yang gelap mereka itu penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya…"
BERSYUKUR DENGAN NIKMAT KEAMANAN DAN KEDAMAIAN YANG ALLAH MASIH BERIKAN UNTUK KITA
....ALHAMDULILLAH...............
Kita tukar topik pula...^_^
1 Syawal merupakan hari di mana seluruh umat Islam menunaikan Solat Sunat Hari Raya tapi Ifti tolong mama masak dan menyediakan juadah Raya disebabkan cuti keuzuran...^_~
Hari pertama telah masak satu menu istimewa iaitu Rendang Daging Rusa.. tak sempat ambik gambar tapi kira camnilah rupanya...rasanya tak pastilah sedap ke tak tapi memang rasa resepi rendanglah...hehe..

SELAMAT HARI RAYA SEMUA...JANGAN LUPA PUASA 6 TAW...^_^

Sunday, April 29, 2012

MISKIN tidak menghalang KEBAHAGIAAN


Adakah yang kaya itu akan selalunya bahagia dan yang miskin akan terus menjadi hamba yang akan menderita. Jawapannya...tidak.. bagi mereka yang tahu untuk bersyukur dengan nikmat dan tahu memberi dan menerima kasih sayang seadanya...insyaAllah, kebahagiaan itu pasti ada di mana-mana..

Kepada yang tak berupaya untuk menjadi kaya, kayakanlah diri dengan kesyukuran kepada Allah...insyaAllah bahagia akan datang dalam diri kita..kepada yang sudah kaya tapi tidak pernah merasa bahagia..ingatlah bahawa rasa syukur dan ikhlas itu adalah punca kebahagiaan...tak perlu mengejar harta dunia semata-mata dan lupa untuk bahagia...

#IKHTIBARnya di sini hanya satu "Kasih sayang itu datang dari hati yang jujur dan ikhlas, bukan dari kemewahan yang melimpah ruah" :)

ENGKAU BUKAN ANAK HINA






Duhai Anak.. tak dapat aku bayangkan..
jika aku yang berada di tempatmu..
terjelepuk hina tak mampu berbuat apa..
yang diamanahkan sebagai pelindungmu telah menghumbanmu..
untuk menutup aibnya..

Duhai Anak.. sedihnya realitimu..
sedang manusia keliling tergamam..
dan tak mampu lakukan apa-apa..
duhai anakku.. doaku matimu biar ke syurga..
hidupmu agar tak terus dihina..
kerana statusmu .. yang paling pedih..
Ibu mu sendiri tidak pernah mahu padamu..

Duhai Anak.. kita punya Allah..
jangan bimbang Ibu mu tak sayang padamu..
kerana Allah tidak pernah..
melupakan kita.. Sabarlah sayang..


(Oleh: Seindah Hiasan Wanita Solehah)

Saturday, April 28, 2012

RINDU DENGAN ANAK-ANAK PINTAR INI

Kenangan Praktikum Pertama di SK. Lok Yuk Telipok

Sungguh bermakna pengalaman bersama kalian. Anak-anak kecil yang masih baru mengenal erti hidup..
Tika diajar, mereka belajar, tapi ada juga yang masih bermain..comel sungguh tingkah mereka..
tapi jangan risau cikgu tetap akan mengajar walau macamana aksi nakal kalian..^_^
Pengalaman pertama mengajar di sekolah...sangat menggembirakan, walaupun penat bersengkang mata tika malam untuk membina Rancangan Pengajaran Harian dan bahan bantu mengajar.
Semuanya, ikhlas kerana kalian. Anak-anak cikgu di Tahun 4 Gemilang...^_^
Kalian selalu membuat lucu dengan soalan2 dan jawapan yang sesuai untuk usia kalian...tapi jangan risau cikgu faham dan sentiasa melayan..hehe..

Antara soalan2 cepu emas:
  • Cikgu dah kahwin?
  • Cikgu...kenapa cikgu cantik?
  • Cikgu pakai contact lens ka?
Sungguh comel soalan2  anak-anak cikgu ini...=D

wajah2 anak2 cikgu yang tersayang ....rindu sama kamu....=(

 5 orang anak gadis pingitan dari 4 Gemilang..hehe..semua anak-anak murid cikgu comel2...^_^

 Dalam rancangan pengajaran harian hari ni, set induksi cikgu untuk kamu ialah tarian Sumazau sambil nyanyi lagu Sayang Kinabalu beramai-ramai...gembira sangat!!=D


 Mereka ni suka sangat bertanya macam-macam. Tapi itu yang cikgu suka..hehe..malu bertanya sesat jalan nanti..ngeee...


 Wah, ini paling nakal tapi....sangat cikgu senangi...sebab nakal-nakal kamu, bila cikgu psiko terus kecut...hehe..dan cikgu tahu macam mana nak dekati hati kamu supaya ikut P&P cikgu..^_^

 Yang tengah ni raja tarian Sumazau...hehe..kalau bab tarian dialah no. 1...=D yang sebelah kanan ni rabun tapi dia duduk belakang pula. Masa subjek (BM) cikgu, cikgu selalu akan bagi kamu duduk depan supaya kamu aktif dan faham dalam P&P cikgu.. kamu mesti tahu yang cikgu nak yang terbaik untuk semua anak-anak cikgu...

 Alamak...tersentuhnya bila geng2 encem2 ni bagi bunga kat cikgu...hehe...comel!! terima kasih...

 "Terimalah, pemberian ini!" hehe...cikgu ingat dialog kamu, macam putera raja ada juga..haha..ada2 aja kan...=D


Ini murid paling pintar kelas ni. Haziq namanya. Dialah yang paling menangis dan sedih pada hari terakhir cikgu masuk kat 4 Gemilang ini...semua yang belakang tu masa ni tengah nangis...cikgu pun nangis dalam hati aja....

 huhuhu...ini saat paling cikgu terkejut, tergamam...apabila murid-murid cikgu memblok pintu keluar supaya cikgu mereka ini tidak dapat keluar dan mengajar mereka selamanya....cikgu perlu pergi untuk berjuang lagi....minta maaf anak-anakku....


Banyak sangat hadiah yang cikgu dapat dari anak-anak murid cikgu. Cikgu simpan semuanya dan kenangan bersama kamu adalah kenangan manis yang cikgu ingat sampai bila2...teruskan usaha dan ingat pesan cikgu taw....^_^

Sunday, April 22, 2012

MAWAR ITU...




BUNGA ROS OH BUNGA MAWAR....hehe...
Ini adalah bunga paling bermakna dan wangi baunya. Bunga Mawar menjadi lambang keanggunan dan kecantikan. Wangiannya begitu mempersona dan menyenangkan. Gambar ini saya ambil di rumah seseorang yang teristimewa..^_^ Segar sahaja nampaknya bunga ini setelah bermandikan hujan. Kelopaknya masih utuh, menandakan semangatnya untuk terus hidup dan mekar begitu.

Teringat kata-kata ulama'. 
"Jika ingin menjadi bunga, maka jadilah bunga Mawar Berduri. Cantik dipandang tapi susah untuk didekati oleh kumbang-kumbang kerana durinya."
Kata-kata ini memberi makna mendalam tentang wanita yang diibaratkan seperti mawar berduri.
Cantik dilihat dan dipandang
Indahnya mampu membunuh sang lebah andai salah aturannya
Pesonanya mampu menjatuhkan sang kumbang tidak terbang semula
Cintanya mampu melemahkan sang rerama tidak berdaya
Tetapi bagi mawar berduri
Kasihnya hanya untuk Illahi
Cintanya hanya untuk dia yang mencintaiNYA
Durinya mampu menjadi penguat sayap bagi perjuangan sang kekasih yang teguh jiwanya berpasak atas nama ALLAH.
(si pengemis iman)

Selain itu, daripada sumber pembacaan, bungan Mawar juga mempunyai khasiat yang tersendiri dan jarang orang ketahui. Antaranya ialah:
Di dalam bidang kecantikan, minyak bunga Mawar digunakan sebagai campuran dalam kosmetik untuk menggebu dan memudakan kulit wajah.  Manakala bunganya pula digunakan sebagai pembersih, pelembab dan campuran dalam besak asas.  Disamping itu juga bunga Mawar boleh membantu dalam mencegah jerawat, menghaluskan kulit wajah dan astrigen untuk mengecutkan tisu kulit.
Bunga Mawar juga boleh membantu wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur.  Caranya adalah, ambil dalam anggaran 90 gram isi daun lidah buaya dan campurkan dengan bunga Mawar yang bewarna oren (jingga).  Rebus bahan ini bersama 500 mililiter air hingga mendidih sehingga jumlah rebusan itu tinggal dalam anggaran 200 mililiter.  Tapis bahan ini dan minum ketika ia suam.  Amalkanlah ia sehingga masalah haid anda menjadi lancar.
Daun dan kelopak bunga Mawar boleh mambantu dalam menghilangkan bengkak serta lebam akibat terhantuk atau terlanggar benda keras kerana ia mengandungi laxative ringan iaitu bahan yang mampu merawat luka dan lebam. Caranya adalah  dengan mengambil beberapa helai daun dan kelopak bunga Mawar yang masih segar dan ditumbuk.  Tampalkan bahan yang ditumbuk tersebut pada bahagian bengkak dan lebam.  Ulangi sehingga bengkak susut.  

Ini adalah petua yang paling disukai oleh kebanyakan orang iaitu petua awet muda.  Jika rajin mengamalkan memakan kelopak bunga Mawar dari umur belasan tahun, ia boleh membantu dalam memudakan wajah anda.  Haruslah makan kelopak bunga Mawar ini secar berterusan untuk kesan awet muda yang diingini.  Tiada apa yang boleh didapati secara mudah jika hendakkan hasil yang semulajadi.
Wah, hebatnya bunga Mawar ini!
Selamat mencuba...^_^



Friday, April 20, 2012

KISAH DARI AFRIKA


Cerita ini sungguh memberi inspirasi dan motivasi kepada diri ini. Betapa kemodenan ini meragut segala rasa bertimbang rasa dan persaudaraan...
Namun, masih ada dunia yang benar-benar tahu akan peri pentingnya di sebalik perkataan sharing is caring...mari kita hayati kisah ini bersama...

Kisahnya bermula apabila seorang ahli Antropologi mencadangkan satu permainan untuk anak-anak suku kaum Afrika. Beliau meletakkan sebuah bakul yang penuh berisi dengan buah-buahan berhampiran dengan sebuah pokok dan memberitahu bahawa orang pertama yang berjaya berlari dan berjaya mendapatkan bakul tersebut akan memenangi dan memperoleh buah-buahan itu.

Sebermulanya acara, ahli Antropologi itu berasa hairan melihat tindak- tanduk anak-anak Afrika tersebut. Mereka berpegang tangan antara satu sama lain dan berlari bersama-sama. Ini menjadikan mereka semua sampai bersama-sama ke bakul buah-buahan tersebut dan merai kemenangan bersama. Buah yang dimenangi juga dikongsi bersama-sama. 

Apabila ditanya kepada mereka mengapa mereka berlari bersama-sama sedangkan salah seorang dari mereka boleh memiliki hadiah itu secara berseorangan. Mereka menjawab "UBUNTU". Bagaimana salah seorang daripada mereka boleh bergembira sedangkan yang lain sedang bersedih.

"UBUNTU" dalam bahasa Xhosa bermaksud "I' M BECAUSE WE ARE".

Tuntasnya, walaupun mereka menghadapi kesusahan yang perit, namun masih ada terpalit rasa berperi kemanusiaan dan tidak mementingkan diri di dalam hati mereka. Muhasabah diri....
Jika kita bersedih hari ini, ingatlah bahawa ramai lagi yang bersedih di luar sana. Jika kita bersenang lenang pada saat ini, ingatlah bahawa ramai yang mati kebuluran di luar sana.. Peringatan kepada diri sendiri...Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada diri ini....Alhamdulillah...

Monday, January 2, 2012

MUTHI'AH WANITA TERBAIK

Siapakah Muthi'ah??
Sebenarnya wanita inilah yang pertama akan masuk syurga sebelum Sayyidatuna Fatimah binti Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Dalam sebuah hadis menceritakan, setengah daripada kegemaran Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam ialah suka bergurau yang sopan untuk memberi pengajaran.
Suatu hari ketika Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sedang melayani puteri kesayangannya Sayyidatuna Fatimah, Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Wahai anakandaku ! Ketahuilah olehmu bahawa ada seorang perempuan kebanyakan akan masuk syurga terlebih dahulu daripadamu."
Mendengar kata-kata ayahandanya ini, dengan serta merta berubahlah air muka Sayyidatuna Fatimah, lantas dia pun bertanya kepada Baginda sambil menangis : "Siapakah perempuan itu wahai ayahanda, macamana halnya dan bagaimana pula amal ibadatnya sehingga dia terlebih dahulu masuk syurga daripada anakanda ? Ayahanda ! khabarkanlah di mana dia sekarang, anakanda mahu jumpa dia." Tanya Sayyidatuna Fatimah ingin tahu.
Lalu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menjelaskan : "Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di sebuah kampung kawasan pedalaman hampir Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Kota Madinah. Nama Perempuan itu ialah Muthi'ah.
Tanpa membuang masa, setelah mendapat keizinan daripada ayahandanya, Sayyidatuna Fatimah pun keluar mencari perempuan yang dikatakan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam itu.
Setelah bertanyakan penduduk setempat, banyak yang tidak tahu dan mengenali perempuan yang bernama Muthi'ah ini. Dia bukan perempuan yang terkenal. Masing-masing mengatakan tidak pernah mendengar dan tidak mengetahui hal perempuan ini.
Setelah berbagai usaha mencarinya, dengan izin Allah jua akhirnya berjumpalah Sayyidatuna Fatimah dengan rumah perempuan yang dimaksudkan itu. Rumah Muthi'ah berada di kawasan pedalaman, jauh daripada orang. Mungkin sebab itulah susah mencarinya.
Sebaik saja memberi salam dan beberapa kali mengetuk pintu beliau mendapati hanya suara saja kedengaran menjawab salam dari dalam sedangkan orangnya belum juga muncul. Setelah agak lama Sayyidatuna fatimah menunggu, penghuni rumah itu pun menunjukkan mukanya melalui jendela, sambil bertanya siapakah gerangan di luar dan apakah hajat kedatangannya tanpa mempelawa dan menjemput tetamunya itu masuk. Mereka hanya bercakap melalui jendela sahaja.
Sayyidatuna Fatimah memperkenalkan dirinya : "Saya Sayyidatuna Fatimah binti Rasulullah, datang kemari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan kamu." Mendengar tetamu yang datang itu ialah anakanda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, maka perempuan itu menjawab : "Terima kasihlah kamu datang ke rumah saya, tetapi saya tidak dapat membenarkan kamu masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin dulu apabila dia balik dari bekerja. Sila datang esok hari sajalah."
Dengan langkah yang amat berat sekali Sayyidatuna Fatimah pun pulang dengan perasaan yang sangat hampa kerana tidak dapat masuk dan berbual panjang dengan perempuan itu untuk mencungkil rahsia amalan-amalannya.
Keesokan harinya, Sayyidatuna Fatimah datang lagi bersama-sama anaknya Hasan. Sebaik sahaja sampai dia memberi salam dan perempuan itu pun terus membuka pintu kerana dia sudah mengetahui tetamu yang datang itu ialah Sayyidatuna Fatimah. Apabila hendak mempersilakan masuk, tiba-tiba dia terlihat ada seorang budak bersama-sama Sayyidatuna Fatimah lalu dia bertanya : " Fatimah, ini siapa ?"
"Ini anak saya, Hasan," sahut Sayyidatuna Fatimah. Perempuan itu pun berkata : " Saya dukacita Fatimah, kerana saya belum minta izin dari suami saya, yang dibenarkan hanyalah Sayyidatuna Fatimah seorang sahaja, saya kenalah minta izin dahulu dari suami lagi, silalah datang esok hari saja."
Sayyidatuna Fatimah jadi serba salah. Hendak balik jauh, hendak ditinggalkan anaknya diluar, takut dia menangis. Hendak dibawa masuk belum mendapat keizinan. Akhirnya setelah berfikir panjang lebar, dia pun ambil keputusan untuk balik saja.
Keesokan harinya, Sayyidatuna Fatimah datang pula dengan membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Setelah memberi salam, mereka segera disambut oleh penghuni rumah itu.
"Itu Fatimah dengan Hasan ke?" Tanya perempuan itu minta kepastian.
Jawab Sayyidatuna Fatimah : "Tidak, kami datang bertiga kerana anak saya yang satu ini (Husin) mahu ikut juga."
Apabila jendela dibuka perempuan itu mendapati ternyata benarlah Sayyidatina Fatimah membawa kedua-dua orang anaknya Hasan bin Husin.
"Fatimah, saya rasa dukacita lagi kerana budak yang satu ini (Husin) belum saya minta izin dari suami saya, harap maaf, sila datang esok hari sajalah," tegas perempuan itu. Mendengarkan kata-kata itu, Sayyidatuna Fatimah tersipu-sipu menyahut: "Baiklah kalau begitu esok saya datang lagi kemari."
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, hatinya berkata-kata : "Heh, perempuan ini takut sangat akan suaminya, sehingga perkara yang sekecil begini pun dia tidak berani melakukannya. Pada hal jika dia benarkan aku masuk, takkanlah suaminya marah. Tak usahlah pandang aku ini siapa, anak siapa dan dua budak ini cucu siapa, pandanglah (hormatilah) aku ini sebagai tetamu yang datang dari jauh saja sudahlah, " bisik hatinya kesal.
Dalam pada itu sebaik sahaja suaminya pulang, perempuan itu pun memberitahu tentang budak yang satu lagi ini. Suaminya terkejut dan hairan sambil berkata : "Kenapa engkau tergamak begitu sekali. Bukankah Sayyidatuna Fatimah itu puteri Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam) dan dua orang anaknya itu adalah cucu Baginda. Lebih daripada itu pun engkau patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung kepada keredhaannya (Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam). Jangan sekali-kali engkau buat seperti itu lagi. Jika mereka datang lagi ke mari dengan membawa apa pun dan siapa pun, terimalah dengan baik, dan engkau hormatilah mereka semua sebagaimana yang patut bagi darjat mereka."
Sahut perempuan itu : "Baiklah, tetapi ampunkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa apa yang saya tahu keselamatan diri saya juga bergantung pada keredhaan suamiku. Oleh itu, saya tidak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati suamiku."
"Terima kasih," sahut suaminya. "Tapi takkanlah pula sampai engkau tidak menerima tetamu perempuan melainkan dengan izin aku, kerana menghormati tetamu perempuan itu wajib pada adat dan agama kita."
Pada hari berikutnya, Sayyidatuna Fatimah pun datang sebagaimana yang dijanjikan dengan membawa dua orang puteranya itu. Setelah dijemput masuk dan dijamu dengan sedikit buah kurma dan air secara ala kadar mengikut adat waktu itu, mereka pun berkenalanlah serta memulakan perbualan.
Pertanyaan Sayyidatuna Fatimah banyak berkisar mengenai rahsia amal ibadat yang menjadi penyebab Muthi'ah menjadi wanita pertama masuk syurga menurut ayahandanya. Setelah memperkenalkan dirinya, Muthi'ah menjawab semua pertanyaan Sayyidatuna Fatimah dengan ikhlas. Katanya: "Tingkah laku saya sebenarnya biasa sahaja tidak ada yang istimewa, amal ibadat pun biasa saja malah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lebih mengetahui akan segalanya, dan saya hanya menuruti apa yang dianjurkan oleh Baginda dalam hal kewajiban saya sebagai isteri. Antaranya:
  • Saya tidak boleh meninggalkan rumah jika suami saya keluar bekerja.
  • Saya tidak boleh menerima tamu (terutama lelaki) jika tidak ada keizinan dari suami
  • Saya tidak akan berkeluh-kesah jika suami tidak mempunyai harta.
  • Saya berusaha agar suami saya senang dan cinta kepada saya.
  • Saya tidak cepat-cepat cemburu.
    Saling mengerti dan menghargai antara kami berdua.


  • Soal berhias dan berdandan, menurut Mith'iah dia hanya mengutamakan kecantikannya untuk suaminya yang tersayang saja, bukan untuk ditonton dan diperagakan kepada orang lain. Setengah riwayat menyatakan Muth'iah mundar mandir berjalan ke pintu rumahnya sambil memandang ke jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang. Dia seolah-olah tidak begitu mempedulikan Sayyidatuna Fatimah. Di tangannya terdapat tongkat dan sebuah bekas berisi air, manakala tangan sebelah lagi mengangkat hujung kainnya sehingga menampakkan betis dan sedikit bahagian pehanya serta mukanya manis dengan senyuman.
    Melihat keadaan hal Muth'iah yang agak aneh itu, Sayyidatuna Fatimah merasa gelisah kerana dia anak beranak tidak dipedulikan dan kurang mendapat layanan. Lantas Sayyidatuna Fatimah bertanya: "Kenapa jadi begini?" Sahut Muth'iah : "Fatimah, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan suami saya yang akan pulang dari kerja."
    "Buat apa dengan bekas air itu?" Tanya Sayyidatuna Fatimah. Jawab Muthi'ah jujur : "Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik dari kerja, saya akan segera menghulur air ini kepadanya supaya tidak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah kepada saya."
    Sayyidatuna Fatimah bertanya lagi : "Buat apa dengan rotan ini ?" Jawab Muthi'ah : "Jika suami saya marah atau kurang layanan dari saya, mudahlah dia memukul saya dengan rotan ini."
    Kemudian Sayyidatuna Fatimah bertanya pula : "Kenapa pula engkau selak kain engkau sehingga menampakkan peha, bukankah itu tidak elok dan haram ?" Maka Muthi'ah menjawab : "Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah akan menambahkan nafsu syahwatnya dan memudahkan akan maksud hajatnya itu."
    Sebaik saja habis berkenalan dan berbual dengan Muthi'ah, Sayyidatuna Fatimah termenung sejenak lalu berkata di dalam hatinya : "Jika beginilah kelakukan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Wajarlah menurut ayahandaku dia terlebih dahulu masuk syurga daripada aku. Ternyata benarlah bahawa keselamatan wanita yang telah bersuami itu bergantung kepada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya."
    Fatimah minta diri. Dia terus pulang mengadap ayahandanya dan menceritakan segala apa yang berlaku.
    "Wahai anakandaku, itulah rahsianya mengapa Muthi'ah wanita pertama masuk syurga." Kata Baginda kepada Siti Fatimah.
    Di dalam keadaan muram dan seakan-akan merajuk dia berkata : "Tetapi anakanda tidak dapat meniru perangai dan amalan Muthi'ah."
    Melihat telatah dan rintihan puterinya itu, Rasululah Sallallahu 'Alaihi Wasallam tersenyum sambil bersabda : "Wahai anakandaku, janganlah anakanda susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu (Muthi'ah) ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali tunggangan anakanda tatkala anakanda masuk syurga nanti. Jadi dialah yang akan masuk terlebih dahulu daripada anakanda." Setelah mendengar penjelasan ayahandanya itu, barulah nampak Sayyidatuna Fatimah mulai gembira dan tersenyum.
    Begitulah ganjaran yang Allah Subhanahu Wataala berikan kepada Muthi'ah, semoga amalan wanita terpuji dan terbaik ini menjadi ikutan kita semua.. InsyaAllah, jika diberi peluang untuk berumahtangga, inilah Role Model yang terbaik. ^_^



  • NOVEL HARTINI PENCETUS NAMAKU


    Novel inilah yang menjadi kegilaan ramai pada zaman 60-an dahulu. Ibu dan ayah kata sesiapa yang baca novel ini pasti akan menitiskan air mata. Baru-baru ini terjumpa pula link http://www.mudah.my/Hartini+Aziz+Afkar-11159868.htm, di mana novel ini dijual satu-satunya. Sekian lama mencari akhirnya ada insan mulia yang menjual novel simpanannya sejak berkurun lama. Namun malangnya, saya terlambat kerana novel ini sudahpun dibeli, tidak mengapa mungkin rezekinya. Saya tidak berputus asa dan bertanya kepada pemilik buku tersebut sama ada dia mempunyai salinan untuk buku itu, alhamdulillah rezeki Tuhan, memang dia menyimpan salinan, hanya 2 salinan. Tanpa membuang masa, saya bersetuju untuk membeli dengan harga RM29.00. Tengah menunggu barang baik ini sampai.^_^
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...