Sunday, April 29, 2012

MISKIN tidak menghalang KEBAHAGIAAN


Adakah yang kaya itu akan selalunya bahagia dan yang miskin akan terus menjadi hamba yang akan menderita. Jawapannya...tidak.. bagi mereka yang tahu untuk bersyukur dengan nikmat dan tahu memberi dan menerima kasih sayang seadanya...insyaAllah, kebahagiaan itu pasti ada di mana-mana..

Kepada yang tak berupaya untuk menjadi kaya, kayakanlah diri dengan kesyukuran kepada Allah...insyaAllah bahagia akan datang dalam diri kita..kepada yang sudah kaya tapi tidak pernah merasa bahagia..ingatlah bahawa rasa syukur dan ikhlas itu adalah punca kebahagiaan...tak perlu mengejar harta dunia semata-mata dan lupa untuk bahagia...

#IKHTIBARnya di sini hanya satu "Kasih sayang itu datang dari hati yang jujur dan ikhlas, bukan dari kemewahan yang melimpah ruah" :)

ENGKAU BUKAN ANAK HINA






Duhai Anak.. tak dapat aku bayangkan..
jika aku yang berada di tempatmu..
terjelepuk hina tak mampu berbuat apa..
yang diamanahkan sebagai pelindungmu telah menghumbanmu..
untuk menutup aibnya..

Duhai Anak.. sedihnya realitimu..
sedang manusia keliling tergamam..
dan tak mampu lakukan apa-apa..
duhai anakku.. doaku matimu biar ke syurga..
hidupmu agar tak terus dihina..
kerana statusmu .. yang paling pedih..
Ibu mu sendiri tidak pernah mahu padamu..

Duhai Anak.. kita punya Allah..
jangan bimbang Ibu mu tak sayang padamu..
kerana Allah tidak pernah..
melupakan kita.. Sabarlah sayang..


(Oleh: Seindah Hiasan Wanita Solehah)

Saturday, April 28, 2012

RINDU DENGAN ANAK-ANAK PINTAR INI

Kenangan Praktikum Pertama di SK. Lok Yuk Telipok

Sungguh bermakna pengalaman bersama kalian. Anak-anak kecil yang masih baru mengenal erti hidup..
Tika diajar, mereka belajar, tapi ada juga yang masih bermain..comel sungguh tingkah mereka..
tapi jangan risau cikgu tetap akan mengajar walau macamana aksi nakal kalian..^_^
Pengalaman pertama mengajar di sekolah...sangat menggembirakan, walaupun penat bersengkang mata tika malam untuk membina Rancangan Pengajaran Harian dan bahan bantu mengajar.
Semuanya, ikhlas kerana kalian. Anak-anak cikgu di Tahun 4 Gemilang...^_^
Kalian selalu membuat lucu dengan soalan2 dan jawapan yang sesuai untuk usia kalian...tapi jangan risau cikgu faham dan sentiasa melayan..hehe..

Antara soalan2 cepu emas:
  • Cikgu dah kahwin?
  • Cikgu...kenapa cikgu cantik?
  • Cikgu pakai contact lens ka?
Sungguh comel soalan2  anak-anak cikgu ini...=D

wajah2 anak2 cikgu yang tersayang ....rindu sama kamu....=(

 5 orang anak gadis pingitan dari 4 Gemilang..hehe..semua anak-anak murid cikgu comel2...^_^

 Dalam rancangan pengajaran harian hari ni, set induksi cikgu untuk kamu ialah tarian Sumazau sambil nyanyi lagu Sayang Kinabalu beramai-ramai...gembira sangat!!=D


 Mereka ni suka sangat bertanya macam-macam. Tapi itu yang cikgu suka..hehe..malu bertanya sesat jalan nanti..ngeee...


 Wah, ini paling nakal tapi....sangat cikgu senangi...sebab nakal-nakal kamu, bila cikgu psiko terus kecut...hehe..dan cikgu tahu macam mana nak dekati hati kamu supaya ikut P&P cikgu..^_^

 Yang tengah ni raja tarian Sumazau...hehe..kalau bab tarian dialah no. 1...=D yang sebelah kanan ni rabun tapi dia duduk belakang pula. Masa subjek (BM) cikgu, cikgu selalu akan bagi kamu duduk depan supaya kamu aktif dan faham dalam P&P cikgu.. kamu mesti tahu yang cikgu nak yang terbaik untuk semua anak-anak cikgu...

 Alamak...tersentuhnya bila geng2 encem2 ni bagi bunga kat cikgu...hehe...comel!! terima kasih...

 "Terimalah, pemberian ini!" hehe...cikgu ingat dialog kamu, macam putera raja ada juga..haha..ada2 aja kan...=D


Ini murid paling pintar kelas ni. Haziq namanya. Dialah yang paling menangis dan sedih pada hari terakhir cikgu masuk kat 4 Gemilang ini...semua yang belakang tu masa ni tengah nangis...cikgu pun nangis dalam hati aja....

 huhuhu...ini saat paling cikgu terkejut, tergamam...apabila murid-murid cikgu memblok pintu keluar supaya cikgu mereka ini tidak dapat keluar dan mengajar mereka selamanya....cikgu perlu pergi untuk berjuang lagi....minta maaf anak-anakku....


Banyak sangat hadiah yang cikgu dapat dari anak-anak murid cikgu. Cikgu simpan semuanya dan kenangan bersama kamu adalah kenangan manis yang cikgu ingat sampai bila2...teruskan usaha dan ingat pesan cikgu taw....^_^

Sunday, April 22, 2012

MAWAR ITU...




BUNGA ROS OH BUNGA MAWAR....hehe...
Ini adalah bunga paling bermakna dan wangi baunya. Bunga Mawar menjadi lambang keanggunan dan kecantikan. Wangiannya begitu mempersona dan menyenangkan. Gambar ini saya ambil di rumah seseorang yang teristimewa..^_^ Segar sahaja nampaknya bunga ini setelah bermandikan hujan. Kelopaknya masih utuh, menandakan semangatnya untuk terus hidup dan mekar begitu.

Teringat kata-kata ulama'. 
"Jika ingin menjadi bunga, maka jadilah bunga Mawar Berduri. Cantik dipandang tapi susah untuk didekati oleh kumbang-kumbang kerana durinya."
Kata-kata ini memberi makna mendalam tentang wanita yang diibaratkan seperti mawar berduri.
Cantik dilihat dan dipandang
Indahnya mampu membunuh sang lebah andai salah aturannya
Pesonanya mampu menjatuhkan sang kumbang tidak terbang semula
Cintanya mampu melemahkan sang rerama tidak berdaya
Tetapi bagi mawar berduri
Kasihnya hanya untuk Illahi
Cintanya hanya untuk dia yang mencintaiNYA
Durinya mampu menjadi penguat sayap bagi perjuangan sang kekasih yang teguh jiwanya berpasak atas nama ALLAH.
(si pengemis iman)

Selain itu, daripada sumber pembacaan, bungan Mawar juga mempunyai khasiat yang tersendiri dan jarang orang ketahui. Antaranya ialah:
Di dalam bidang kecantikan, minyak bunga Mawar digunakan sebagai campuran dalam kosmetik untuk menggebu dan memudakan kulit wajah.  Manakala bunganya pula digunakan sebagai pembersih, pelembab dan campuran dalam besak asas.  Disamping itu juga bunga Mawar boleh membantu dalam mencegah jerawat, menghaluskan kulit wajah dan astrigen untuk mengecutkan tisu kulit.
Bunga Mawar juga boleh membantu wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur.  Caranya adalah, ambil dalam anggaran 90 gram isi daun lidah buaya dan campurkan dengan bunga Mawar yang bewarna oren (jingga).  Rebus bahan ini bersama 500 mililiter air hingga mendidih sehingga jumlah rebusan itu tinggal dalam anggaran 200 mililiter.  Tapis bahan ini dan minum ketika ia suam.  Amalkanlah ia sehingga masalah haid anda menjadi lancar.
Daun dan kelopak bunga Mawar boleh mambantu dalam menghilangkan bengkak serta lebam akibat terhantuk atau terlanggar benda keras kerana ia mengandungi laxative ringan iaitu bahan yang mampu merawat luka dan lebam. Caranya adalah  dengan mengambil beberapa helai daun dan kelopak bunga Mawar yang masih segar dan ditumbuk.  Tampalkan bahan yang ditumbuk tersebut pada bahagian bengkak dan lebam.  Ulangi sehingga bengkak susut.  

Ini adalah petua yang paling disukai oleh kebanyakan orang iaitu petua awet muda.  Jika rajin mengamalkan memakan kelopak bunga Mawar dari umur belasan tahun, ia boleh membantu dalam memudakan wajah anda.  Haruslah makan kelopak bunga Mawar ini secar berterusan untuk kesan awet muda yang diingini.  Tiada apa yang boleh didapati secara mudah jika hendakkan hasil yang semulajadi.
Wah, hebatnya bunga Mawar ini!
Selamat mencuba...^_^



Friday, April 20, 2012

KISAH DARI AFRIKA


Cerita ini sungguh memberi inspirasi dan motivasi kepada diri ini. Betapa kemodenan ini meragut segala rasa bertimbang rasa dan persaudaraan...
Namun, masih ada dunia yang benar-benar tahu akan peri pentingnya di sebalik perkataan sharing is caring...mari kita hayati kisah ini bersama...

Kisahnya bermula apabila seorang ahli Antropologi mencadangkan satu permainan untuk anak-anak suku kaum Afrika. Beliau meletakkan sebuah bakul yang penuh berisi dengan buah-buahan berhampiran dengan sebuah pokok dan memberitahu bahawa orang pertama yang berjaya berlari dan berjaya mendapatkan bakul tersebut akan memenangi dan memperoleh buah-buahan itu.

Sebermulanya acara, ahli Antropologi itu berasa hairan melihat tindak- tanduk anak-anak Afrika tersebut. Mereka berpegang tangan antara satu sama lain dan berlari bersama-sama. Ini menjadikan mereka semua sampai bersama-sama ke bakul buah-buahan tersebut dan merai kemenangan bersama. Buah yang dimenangi juga dikongsi bersama-sama. 

Apabila ditanya kepada mereka mengapa mereka berlari bersama-sama sedangkan salah seorang dari mereka boleh memiliki hadiah itu secara berseorangan. Mereka menjawab "UBUNTU". Bagaimana salah seorang daripada mereka boleh bergembira sedangkan yang lain sedang bersedih.

"UBUNTU" dalam bahasa Xhosa bermaksud "I' M BECAUSE WE ARE".

Tuntasnya, walaupun mereka menghadapi kesusahan yang perit, namun masih ada terpalit rasa berperi kemanusiaan dan tidak mementingkan diri di dalam hati mereka. Muhasabah diri....
Jika kita bersedih hari ini, ingatlah bahawa ramai lagi yang bersedih di luar sana. Jika kita bersenang lenang pada saat ini, ingatlah bahawa ramai yang mati kebuluran di luar sana.. Peringatan kepada diri sendiri...Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada diri ini....Alhamdulillah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...