Sunday, April 22, 2012

MAWAR ITU...




BUNGA ROS OH BUNGA MAWAR....hehe...
Ini adalah bunga paling bermakna dan wangi baunya. Bunga Mawar menjadi lambang keanggunan dan kecantikan. Wangiannya begitu mempersona dan menyenangkan. Gambar ini saya ambil di rumah seseorang yang teristimewa..^_^ Segar sahaja nampaknya bunga ini setelah bermandikan hujan. Kelopaknya masih utuh, menandakan semangatnya untuk terus hidup dan mekar begitu.

Teringat kata-kata ulama'. 
"Jika ingin menjadi bunga, maka jadilah bunga Mawar Berduri. Cantik dipandang tapi susah untuk didekati oleh kumbang-kumbang kerana durinya."
Kata-kata ini memberi makna mendalam tentang wanita yang diibaratkan seperti mawar berduri.
Cantik dilihat dan dipandang
Indahnya mampu membunuh sang lebah andai salah aturannya
Pesonanya mampu menjatuhkan sang kumbang tidak terbang semula
Cintanya mampu melemahkan sang rerama tidak berdaya
Tetapi bagi mawar berduri
Kasihnya hanya untuk Illahi
Cintanya hanya untuk dia yang mencintaiNYA
Durinya mampu menjadi penguat sayap bagi perjuangan sang kekasih yang teguh jiwanya berpasak atas nama ALLAH.
(si pengemis iman)

Selain itu, daripada sumber pembacaan, bungan Mawar juga mempunyai khasiat yang tersendiri dan jarang orang ketahui. Antaranya ialah:
Di dalam bidang kecantikan, minyak bunga Mawar digunakan sebagai campuran dalam kosmetik untuk menggebu dan memudakan kulit wajah.  Manakala bunganya pula digunakan sebagai pembersih, pelembab dan campuran dalam besak asas.  Disamping itu juga bunga Mawar boleh membantu dalam mencegah jerawat, menghaluskan kulit wajah dan astrigen untuk mengecutkan tisu kulit.
Bunga Mawar juga boleh membantu wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur.  Caranya adalah, ambil dalam anggaran 90 gram isi daun lidah buaya dan campurkan dengan bunga Mawar yang bewarna oren (jingga).  Rebus bahan ini bersama 500 mililiter air hingga mendidih sehingga jumlah rebusan itu tinggal dalam anggaran 200 mililiter.  Tapis bahan ini dan minum ketika ia suam.  Amalkanlah ia sehingga masalah haid anda menjadi lancar.
Daun dan kelopak bunga Mawar boleh mambantu dalam menghilangkan bengkak serta lebam akibat terhantuk atau terlanggar benda keras kerana ia mengandungi laxative ringan iaitu bahan yang mampu merawat luka dan lebam. Caranya adalah  dengan mengambil beberapa helai daun dan kelopak bunga Mawar yang masih segar dan ditumbuk.  Tampalkan bahan yang ditumbuk tersebut pada bahagian bengkak dan lebam.  Ulangi sehingga bengkak susut.  

Ini adalah petua yang paling disukai oleh kebanyakan orang iaitu petua awet muda.  Jika rajin mengamalkan memakan kelopak bunga Mawar dari umur belasan tahun, ia boleh membantu dalam memudakan wajah anda.  Haruslah makan kelopak bunga Mawar ini secar berterusan untuk kesan awet muda yang diingini.  Tiada apa yang boleh didapati secara mudah jika hendakkan hasil yang semulajadi.
Wah, hebatnya bunga Mawar ini!
Selamat mencuba...^_^



2 comments:

  1. Assalammualaikum cikgu,

    cantik tu mawar.kalau bercinta dengan mawar kena bersedia di sakiti durinya, itu pasti..mawar bunga yg selalu dilindungi durinya, sebelum ia rela dipetik.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam cikgu Puteri Purnama...seindah nama...^_^
    cantik kan Mawar nie..kat ruma siapalah ni?hehe..
    insyaAllah, Mawar berduri itu akan sentiasa terjaga dari gangguan kumbang2 yg bisa membinasakannya..biar ia kembang mekar seindah wajah tenang pemiliknya...
    jaga diri mak cik..hehe..=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...