Friday, April 20, 2012

KISAH DARI AFRIKA


Cerita ini sungguh memberi inspirasi dan motivasi kepada diri ini. Betapa kemodenan ini meragut segala rasa bertimbang rasa dan persaudaraan...
Namun, masih ada dunia yang benar-benar tahu akan peri pentingnya di sebalik perkataan sharing is caring...mari kita hayati kisah ini bersama...

Kisahnya bermula apabila seorang ahli Antropologi mencadangkan satu permainan untuk anak-anak suku kaum Afrika. Beliau meletakkan sebuah bakul yang penuh berisi dengan buah-buahan berhampiran dengan sebuah pokok dan memberitahu bahawa orang pertama yang berjaya berlari dan berjaya mendapatkan bakul tersebut akan memenangi dan memperoleh buah-buahan itu.

Sebermulanya acara, ahli Antropologi itu berasa hairan melihat tindak- tanduk anak-anak Afrika tersebut. Mereka berpegang tangan antara satu sama lain dan berlari bersama-sama. Ini menjadikan mereka semua sampai bersama-sama ke bakul buah-buahan tersebut dan merai kemenangan bersama. Buah yang dimenangi juga dikongsi bersama-sama. 

Apabila ditanya kepada mereka mengapa mereka berlari bersama-sama sedangkan salah seorang dari mereka boleh memiliki hadiah itu secara berseorangan. Mereka menjawab "UBUNTU". Bagaimana salah seorang daripada mereka boleh bergembira sedangkan yang lain sedang bersedih.

"UBUNTU" dalam bahasa Xhosa bermaksud "I' M BECAUSE WE ARE".

Tuntasnya, walaupun mereka menghadapi kesusahan yang perit, namun masih ada terpalit rasa berperi kemanusiaan dan tidak mementingkan diri di dalam hati mereka. Muhasabah diri....
Jika kita bersedih hari ini, ingatlah bahawa ramai lagi yang bersedih di luar sana. Jika kita bersenang lenang pada saat ini, ingatlah bahawa ramai yang mati kebuluran di luar sana.. Peringatan kepada diri sendiri...Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada diri ini....Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...