Saturday, December 1, 2012

PROJEK LAMAN BUNGA MINI..^_^

Assalamualaikum..dalam entri ni Ifti nak kongsikan pengalaman buat projek kecil-kecilan cuti ni...hehe..kebosanan di rumah memunculkan idea untuk membina satu laman khas untuk bunga-bunga yang Ifti akan munculkan tidak lama lagi...^_^

Hari ini 1 /12 / 2012, laman bunga mini ini telah menampakkan hasil setelah dua hari bertungkus- lumus untuk mengerjakannya. Fuhhh....walaupun tangan dah luka sana-sini angkara membuat pagar comel bagi mengelak lembu, kuda dan ayam sekitar rumah menyerbu masuk..hehe..Terlalu banyak binatang dekat sini tapi semuanya itu fauna ciptaan Tuhan. Kita sebagai makhluk perlu ada rasa syukur sebab diberi kemudahan untuk memberi keselesaan kepada semua makhluk Tuhan. Alhamdulillah..........

Gambar di bawah menunjukkan al-kisah laman bunga mini yang tak seberapa dan masih perlu banyak penambahbaikan. Banyak kekangan dari segi alat dan tenaga. Syukurlah mama dan kakak ipar  banyak tolong Ifti menyiapkan laman ni. Lama dah simpan cita-cita nak buat laman  bunga sendiri. Maklumlah, cita-cita dulu kononnya nak jadi Perunding Landskap (bahana banyak baca novel Alaf 21) tapi terkena pula jadi Cikgu...hehe..apa-apapun Syukur Alhamdulillah... 

 
Pagar yang Ifti cipta sendiri ni dari kayu Bakau sebab senang nak dapat kat kampung ni dan gulungan jaring hijau 9 meter (tak pasti nama benda ni). Jaring tu lilit guna dawai besi kat kayu Bakau, tak payah pakai paku. Senang sikit.


Ni pasu tayar namanya. Saiz ikut saiz tayar yang kita pakai. Kalau ada tayar buruk yang tak dipakai, jangan buang, banyak sangat manfaatnya. Boleh buat pasu macam di atas. Ni pasu yang mama buat lama dah, pernah pakai pasu ni dulu. Sekarang nak pakai balik...hehe..Kalau nak belajar cara buat pasu ni marilah datang berkunjung ke rumah..hehe..Mak Cik pro kalau buat pasu ni sebab dia pernah bisnes jual pasu ni. Kalau nak tempah suruh dia buat pun InsyaAllah boleh....Pasu kat atas ni nak cat semula sebab warna dah lusuh.


 Hah! Yang ini namanya, jejak kasih....hehe....gurau saja. Saja nak buat benda ni, ala-ala moden kononnya...hehe..tradisional-tradisional saja laman ni, untuk hiasan 'kampung'. ^_^ Yang ni bekas-bekas mozek yang dah tak digunakan lagi, banyak sangat kat belakang rumah, jadi daripada ditelan tanah moleklah kiranya Ifti ambil untuk hiasan laman ni. Penat juga buat jejak ni, kena perlukan ketahanaan tulang belakang...hehe..kena tanam sikit mozek ni dalam tanah supaya tak tesembul keluar.


 Jarak dekat..Tanah masih berselerak...hehe



 hehehe...yang ni pun bekas-bekas mozek juga. Saja nak buat lingkaran ni. Tempat khas untuk pasu-pasu besar nanti.



 Kereta sorong yang uzur tetapi memberi banyak pertolongan terhadap Ifti...hehe.. Ifti mengangkat kayu-kayu Bakau dan kepingan-kepingan mozek yang tidak digunkan lagi menggunakan kereta sorong ni lah.



 Siap tapi belum siap dan sempurna....hehe... InsyaAllah, kalau diberi rezeki dan keupayaan Ifti akan sempurnakan laman bunga mini ini dengan jayanya....Amin....


InsyaAllah....ia akan berubah kepada sesuatu yang molek dipandang mata dan tenang jiwa merasa...


Tidak lama lagi bunga-bunga akan muncul di setiap sudut laman ini......

Terima kasih kepada umi yang berada jauh di seberang sana pada detik ini....banyak bagi ilham kat Ifti....
Dan terima kasih kepada mama, kakak ipar n family....dan WMI...^_^


2 comments:

  1. Assalammualaikum

    wah cantiknya.Tahniah.Permulaan yg.baik.Rajinnya.
    Kalau perlu bibit bunga ambik kat rumah ye.Hehehe.
    salam sayang.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam umi... hehe.. tima kasi umi.. nanti kita buat projek flower's garden..=D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...