Monday, January 6, 2014

4.1.14

Lamanya tak mencoret dalam laman ini. Begitu banyak kisah suka duka sepanjang kebisuan ini. Apa-apapun muka tetap ceria, hati tetap berbaur gembira, itulah petua awet muda...chewah!hehe..

Dalam kesempatan ini, Ifti nak kongsikan saat-saat terindah pada hari Sabtu lalu.

Rasulullah saw bersabda:
“Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.”


 Pelamin buatan sendiri. Berpuas hati kerana bajet murah dan bolehlah tahan comel..hehe


  Bunga Tisu buatan sendiri.


 Bunga Kertas buatan sendiri.


 Jambangan Bunga Tisu berwarna Peach. Sejuk mata memandang. Nampak bersederhana.



 Bahan-bahan membuat gubahan hantaran. Gubahan sendiri 100%.


 Masih dalam proses menggubah. Alhamdulillah dipermudahkan.


Tudung buatan dan design sendiri. Border Lace main peranan untuk mengindahkan design tudung.
 

Make up sendiri, handbouquet buatan sendiri. Nak jimat kos kena kreatif...hehe.. Alhamdulillah dipermudahkan.


Kek design sendiri tapi tempah kat orang lain..hehe. Ada seorang kakak yang baik hati terima design ni dan telah membentuk kek yang Ifti idamkan. Terima kasih kakak Zaleha... Lain kesempatan Ifti tempah lagi or belajar buat dari kakak. ^_^


Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan meriah. Ini hantaran dari pihak lelaki. Lawa dan kemas. Tidak ketinggalan, cantik gubahan sireh junjung yang digubah oleh seseorang yang ada kat dalam gambar ni..hehe.. Terima kasih...

Kawan-kawan guru yang hadir. Semuanya masih bujang...hehe.. Love you all. Semoga persahabatan kita kekal selamanya..amin....


Akhir sekali, terima kasih kepada keluarga yang tersayang, saudara-mara, jiran tetangga, kawan-kawan yang sudi hadir dan sesiapa sahaja yang mencurahkan kudrat tenaga untuk menjayakan majlis ini..hehe...Semoga Allah membalas jasa kalian dan memurahkan rezeki...amin...


Terima kasih juga kepada tetamu istimewa iaitu keluarga bakal suami.... Hanya ucapan terima kasih yang anakanda dapat simpulkan di sini. Syukur tidak terhingga kerana kita dipertemukan dalam ikatan ini, kalian semua terlalu baik untuk diri ini.. Semoga ukhwah di antara kita kekal dan dilindungi selamanya....Amin YaRabbal alamin...


Terima kasih umi....^_^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...